Lelaki mabuk pandu lawan arus trafik di PIE; dihukum penjara & dilarang memandu 3 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail seseorang memandu kereta. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Seorang lelaki didapati memandu melawan arus trafik sejauh 12 kilometer di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), selepas meminum arak bersama rakan-rakannya pada dinihari.
Dia memotong lebih 40 kenderaan, memandu pada kelajuan sehingga 91km sejam, dengan pemandu lain terpaksa membelok ke tepi atau menukar lorong untuk mengelakkannya.
Aswani Daryanani Mohit Riz, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 27 tahun, mengaku bersalah memandu secara berbahaya dan dijatuhi hukuman penjara selama lapan minggu dan dilarang memandu selama tiga tahun.
Menurut kertas pertuduhan pada hujung minggu lalu, Aswani memandu Mitsubishi Outlandera ke Golden Mile Tower selepas tengah malam pada 30 Mei 2022 untuk makan dan minum bersama rakan-rakannya.
Aswani meminum beberapa gelas bir dan beredar dari tempat tersebut sekitar pukul 3.45 pagi. Dia memutuskan untuk memandu pulang, walaupun dalam keadaan mabuk dan berasa mengantuk, menurut mahkamah.
Sekitar pukul 4.00 pagi, Aswani memandu keretanya melawan arus ke PIE menghala ke Tuas melalui jalan susur ke Paya Lebar Road.
Dia terus memandu melawan arus trafik sejauh kira-kira 12km di PIE ke arah East Coast Parkway (ECP), sekalipun tahu bahawa dia memandu melawan arus trafik.
Selepas memasuki ECP, dia membuat pusingan U di Airport Boulevard dan menyertai aliran trafik biasa sebelum menuju pulang ke Marine Crescent.
Kamera pengawasan yang merakam perjalanan Aswani di PIE menunjukkan dia memotong lebih 40 kenderaan, termasuk kereta, motosikal, van dan lori.
Sebanyak 28 klip video yang menggambarkan perjalanan itu dihantar kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk analisis kelajuan, dan Aswani didapati memandu pada kelajuan purata antara 41km sejam dan 91km sejam pada pelbagai masa di PIE.
Aswani merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap hukumannya itu dan dia kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.