Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki lecur dijilat api mati sebulan selepas kebakaran kereta

Seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia lebih sebulan selepas kereta yang dipandunya dijilat api di tempat letak kenderaan di Bukit Panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki lecur dijilat api mati sebulan selepas kebakaran kereta

Petikan video insiden menunjukkan sebuah kereta terbakar di tempat letak kenderaan di Bukit Panjang.

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia lebih sebulan selepas kereta yang dipandunya dijilat api di tempat letak kenderaan di Bukit Panjang.

Insiden berlaku pada dinihari 3 Julai lalu. Rakaman video mencemaskan yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan diselubungi api sedang beliau keluar secara tidak tentu arah dari keretanya yang terbakar di Blok 218 Petir Road.

Lelaki itu berada dalam keadaan sedar apabila dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) dengan kecederaan melecur.

Polis memberitahu Mediacorp pada Selasa (22 Ogos) bahawa lelaki itu meninggal dunia pada 11 Ogos. Siasatan polis masih dijalankan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp ia dimaklumkan tentang insiden itu sekitar pukul 4.00 pagi. Ia menambah bahawa kereta tersebut "sudah dijilat api seluruhnya" apabila pihaknya tiba di tempat kejadian.

SCDF menyatakan ia memadamkan kebakaran dengan menggunakan jet busa udara mampat sambil menambah bahawa kebakaran tersebut turut merosakkan tiga kenderaan lain.

Punca kebakaran masih disiasat.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan