Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki kes pergaduhan maut di Verdun Road dibawa ke tempat kejadian dengan 3 suspek lain

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang dituduh menyebabkan seorang lelaki maut dalam pergaduhan di kawasan Little India, dibawa ke tempat kejadian dekat Verdun Road oleh pegawai polis bersama tiga suspek lain pada Jumaat (27 Sep).

Muhammad Sajid Saleem dituduh membunuh Dhinessh Vasie, 25 tahun, pada jam 4.00 pagi Ahad (22 Sep) berhampiran Verdun Road, di kawasan sebuah kedai kopi dekat Verdun Road.

Sajid tiba di Sam Leong Road pada sekitar jam 11.40 pagi dalam kereta berwarna biru. Dia memakai kemeja polo berwarna merah dan seluar pendek gelap, dengan tangan serta kakinya digari.

Dia dibawa oleh pegawai ke lorong yang dikepung di belakang sebuah bangunan, di mana mereka berhenti beberapa kali. Selepas itu, dia diiringi ke kedai makan Kim San Leng Eating House, sebelum dibawa ke lorong yang menuju ke Kitchener Road.

Menurut laporan pada Ahad pergaduhan itu meninggalkan kesan darah di lantai berhampiran kedai kopi serta hotel Novotel Singapore yang terletak di Kitchener Road.

Sajid dan pegawai berkenaan kemudian kembali ke kereta, dan meninggalkan tempat kejadian sekitar 40 minit kemudian.
(Dari kiri) Kriithik Roshan Prem Ananth, 22 tahun; Pradave Shashi Kumar, 20 tahun; Satish Jason Prabahas, 23 tahun. (Gambar: Wallace Woon/CNA)
Tiga daripada mereka - Kriithik Roshan Prem Ananth, 22 tahun; Pradave Shashi Kumar, 20 tahun; Satish Jason Prabahas, 23 tahun juga dibawa ke tempat kejadian dalam kenderaan yang sama.

Memakai kemeja polo berwarna putih dan seluar pendek gelap, dan dibawa satu persatu, melalui laluan yang sama seperti Sajid, dari 12.45 tengah hari hingga 2.35 petang.
(Gambar: Wallace Woon/CNA)
Dua lagi suspek yang dituduh merusuh adalah Nur Diyana Harun Al Rasheed dan Kasthuri Kallidas Marimuthu, kedua-duanya berusia 24 tahun.

Sekurang-kurangnya satu daripada enam suspek didakwa menggunakan senjata manakala tiga orang - Dhinessh, Naviinjaay C Nathan dan K Vicknesh cedera, menurut kertas tuduhan.

Tuduhan membunuh membawa hukuman mati, manakala merusuh dengan senjata membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan rotan. Wanita tidak boleh dirotan.

Kenam-enam mereka kini direman bagi siasatan lanjut dan akan kembali ke mahkamah minggu depan.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan