Skip to main content

Singapura

Lelaki Indonesia masuk S'pura secara haram antara kes baru COVID-19

Seorang lelaki warga Indonesia yang memasuki Singapura tanpa dokumen sah merupakan antara kes COVID-19 import baru yang dilaporkan pada Khamis (17 Jun), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Indonesia masuk S'pura secara haram antara kes baru COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Jun 2021 09:35AM Dikemas Kini : 18 Jun 2021 09:37AM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Indonesia yang memasuki Singapura tanpa dokumen sah merupakan antara kes COVID-19 import baru yang dilaporkan pada Khamis (17 Jun), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Lelaki berusia 26 tahun itu yang dikenali sebagai Kes 64265, ditangkap oleh para pegawai Polis Pengawal Pantai (PCG) setelah memasuki kawasan perairan Singapura.

Lelaki itu adalah antara tujuh kes import COVID-19 yang dilaporkan pada Khamis.

Dia diuji bagi COVID-19 dan diasingkan sehingga dibawa ke hospital. Keputusan ujiannya adalah positif bagi koronavirus pada Rabu, menurut MOH.

Lelaki itu tidak mengalami simptom, menurut MOH lagi.

Mediacorp sudah pun bertanya kepada MOH dan Pasukan Polis Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Singapura melaporkan 27 kes baru COVID-19 pada Khamis, di mana 20 adalah kes jangkitan dalam masyarakat.

Setakat Khamis, negara ini melaporkan 62,366 kes COVID-19 secara keseluruhan dan 34 kematian akibat virus itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita