Lelaki Indonesia dihukum penjara, sebat; berenang masuk SG secara haram dari Batam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Indonesia yang menghadapi masalah kewangan di negaranya mengambil keputusan untuk memasuki Singapura secara haram bagi mencari pekerjaan.
Jamaludin Taipabu menaiki bot laju dari Batam sebelum terjun ke laut dan berenang ke Singapura pada September tahun lalu.
Dia ditangkap bulan lalu, selepas berada di Singapura selama sekitar 11 bulan.
Jamaludin, 49 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu dan tiga kali sebatan pada Selasa (16 Sep).
Dia mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Akta Imigresen kerana memasuki Singapura tanpa pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang.
Mahkamah diberitahu bahawa Jamaludin nekad masuk Singapura secara haram untuk mencari wang kerana tidak mampu menyara keluarganya dengan gajinya di Indonesia.
Menurut dokumen mahkamah, dia mendapatkan bantuan rakannya, yang hanya dikenali sebagai "Azwar".
Dia bersetuju mengupah Azwar 5 juta rupiah (S$390) untuk membantunya masuk secara haram.
Sekitar pukul 11.00 malam pada pertengahan September tahun lalu, Jamaludin bertemu Azwar di sebuah pantai di Batam.
Dia menaiki bot laju yang dipandu Azwar dan bersembunyi selama kira-kira satu setengah jam semasa bot itu menuju ke Singapura.
Selepas itu, Azwar memaklumkan bahawa mereka sudah tiba di perairan Singapura dan mengarahkan Jamaludin untuk terjun ke laut.
Jamaludin kemudian berenang menuju ke Singapura menggunakan sejenis pelampung buatan sendiri.
Dia tiba di sebuah pantai di Singapura sekitar sejam kemudian dan memasuki negara ini tanpa dikesan.
Di Singapura, Jamaludin melakukan kerja-kerja sambilan dan menjual rokok secara haram untuk menjana pendapatan.
Dia ditangkap pada 12 Ogos tahun ini di kawasan Sungei Kadut, sekitar daerah Woodlands.
Ketika ditahan oleh para pegawai dari Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), dia gagal mengemukakan sebarang bukti bahawa dia berada di Singapura secara sah dan tidak mempunyai dokumen perjalanan.
Tiada rekod perjalanan yang menunjukkan Jamaludin memasuki Singapura secara sah, namun cap jarinya dapat dipadankan dengan seseorang yang mempunyai nama yang sama.
Bercakap melalui jurubahasa di mahkamah, Jamaludin menyatakan dia kesal atas perbuatannya dan merayu agar dikenakan hukuman yang lebih ringan.
Dalam kenyataannya kepada Mediacorp, ICA menyatakan bahawa pihaknya mengambil pendirian tegas terhadap sesiapa sahaja yang memasuki Singapura secara haram.
“Di bawah peruntukan Akta Imigresen, mana-mana individu yang memasuki Singapura tanpa pas yang sah dianggap melakukan kesalahan,” tambahnya.
Sesiapa yang sabit kesalahan ini boleh berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan.
Bagi pesalah lelaki, mereka boleh dikenakan sekurang-kurangnya tiga kali sebatan, manakala pesalah wanita boleh dikenakan denda sehingga S$6,000.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.