Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki humban skuter, rak kasut dari blok Jurong West akan didakwa

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki humban skuter, rak kasut dari blok Jurong West akan didakwa

Gambar Fail

Diterbitkan : 26 May 2022 10:09AM Dikemas Kini : 26 May 2022 10:11AM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (27 Mei) atas perbuatan melulu dengan membaling barang-barangan — termasuk sebuah rak kasut kayu dan skuter tendang — dari salah satu tingkat di blok perumahan Jurong West awal bulan ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (25 Mei), polis menyatakan pihaknya menerima satu aduan pada 8 Mei berhubung insiden tersebut yang berlaku sekitar pukul 11.00 malam di Jurong West Street 91.

Pegawai polis daripada Divisyen Polis Jurong mengenal pasti lelaki itu dengan bantuan kamera polis dan menahan suspek pada hari yang sama.

Siasatan awal oleh pihak berkuasa mendapati lelaki itu dipercayai membaling rak kasut kayu, bakul merah berisi dengan sepatu serta dua skuter tendang dari salah satu tingkat blok kediaman itu.

Polis bagaimanapun tidak menyatakan dari tingkat berapa barangan tersebut dihumban.

Jika disabit kesalahan melakukan perbuatan melulu, lelaki itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, di denda sehingga S$2,500 atau kedua-duanya sekali.

“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang,” tekan polis.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan