Lelaki heret jiran ke mahkamah kerana diganggu berkali-kali
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki mengheret jirannya ke mahkamah atas beberapa perbuatan yang dikatakan berkali-kali mengganggunya. Ini termasuk meletak beberapa bekas besar yang diisi air bertakung berdekatan rumahnya, yang didakwa boleh menjadi risiko bagi pembiakan nyamuk.
Encik Samuel Tan Seng Kiat pada Jumaat (17 Mac) memulakan pendakwaan terhadap Encik Maurice Yeoh Seh Kwang di Mahkamah Negara, dengan tujuh tuduhan terhadapnya di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.
Seorang wanita bernama Cik Kang Chooi Heng dinamakan sebagai pihak tertuduh bersama Encik Yeo dalam beberapa tuduhan. Sebelum ini, Encik Tan menyatakan lima tuduhan terhadap Cik Kang pada Februari.
Menurut kertas pertuduhan, kejadian yang didakwa itu berlaku di sepanjang Ponggol Seventeenth Avenue, di mana terletaknya rumah Encik Tan, dan rumah Encik Yeo dan Cik Kang.
Kejadian paling awal berlaku pada 2018, di mana Encik Yeo dan Cik Kang didakwa memasang lampu sorot LED yang terang di rumah mereka dan mengarahkannya ke rumah Encik Tan.
Lampu itu dinyalakan setiap malam sejak ia dipasang, menyebabkan gangguan, kejutan dan penderitaan kepada keluarganya, dakwa Encik Tan.
Dari Oktober 2020 hingga April 2022, Encik Yeo dan Cik Kang dituduh menyembur racun perosak Malathion dengan "jumlah yang banyak" sebanyak dua hingga empat kali seminggu.
Racun perosak itu didakwa disembur ke arah tempat menyediakan makan, tempat mencuci baju dan di hadapan pintu rumah Encik Tan.
Encik Tan mendakwa ia dilakukan pada waktu menyediakan makan tengah hari dan makan malam, dan ketika anak-anaknya hendak ke sekolah.
Cik Kang juga dituduh "menyembur air dicampur racun perosak" dari rumahnya ke arah rumah Encik Tan setiap pagi pada tempoh tersebut, menyebabkan keluarganya terkesan dengan ketoksikan cecair tersebut".
Dari Oktober 2021 hingga April 2022, Encik Yeo dan Cik Kang didakwa meninggalkan beberapa bekas besar yang diisi air bertakung di kawasan rumah mereka, satu meter dari rumah Encik Tan.
Ia dilakukan dengan niat untuk menyebabkan gangguan dan ia menghalang Encik Tan dan keluarganya menikmati ruang di luar rumahnya dengan tenang, menurut Encik Tan.
Encik Tan juga mendakwa dua kejadian yang berlaku pada 2022, di mana Encik Yeo membuat "bunyi nyaring serupa monyet" dari rumahnya dan menjerit kata-kata kesat kepada anggota keluarganya ketika mereka di rumah.
Dalam satu kejadian yang berlaku tahun lalu, Encik Yeo dituduh menghendap anak perempuan Encik Tan dengan mengekorinya dari rumahnya ke satu estet kejiranan sepanjang Ponggol Seventeenth Avenue sambil memegang alat berkebun.
Encik Tan juga menuduh defendan "menyerang hendap" dan membuat beberapa gerak isyarat terhadap anggota keluarga Encik Tan sedang mereka memandu melepasi pondok pengawal keselamatan. Encik Yeo didakwa melakukan sedemikian sebanyak dua kali tahun lalu, dan Cik Kang melakukannya sebanyak satu kali tahun lalu.
Kes tersebut akan dibicarakan semula pada 24 Mac.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.