Lelaki hantar bungkusan berisi daging babi ke Masjid Al-Istiqamah didakwa di mahkamah
Para jemaah memasuki Masjid Al-Istiqamah di Serangoon North untuk menunaikan solat Jumaat (Gambar: Nurhelmy Hakim)
- Seorang warga Singapura berusia 61 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu (27 Sep) dengan satu tuduhan sengaja berniat untuk melukakan perasaan kaum lain.
- Bill Tan Keng Hwee dituduh menghantar bungkusan mengandungi seketul daging babi ke Masjid Al-Istiqamah di 2 Serangoon North Ave 2 sekitar sebelum Rabu (24 Sep).
- Jika sabit kesalahan atas tuduhan sengaja melukakan perasaan kaum lain, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
- Para pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) dan anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Rabu (24 Sep) mengosongkan masjid tersebut sebagai langkah berjaga-jaga selepas bungkusan yang mencurigakan ditemui di premisnya.
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura berusia 61 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu (27 Sep) dengan satu tuduhan melukakan perasaan kaum lain dengan sengaja.
Bill Tan Keng Hwee dituduh menghantar bungkusan mengandungi seketul daging babi ke Masjid Al-Istiqamah di 2 Serangoon North Ave 2 sekitar sebelum Rabu (24 Sep).
Bungkusan itu dipercayai mengandungi seketul daging babi dengan nota yang menyinggung perasaan dan bungkusan itu diletakkan di hadapan seorang lelaki Melayu.
Tan direman untuk siasatan lanjut, dengan kebenaran untuk dibawa keluar bagi tujuan siasatan.
Jika sabit kesalahan atas tuduhan sengaja melukakan perasaan kaum lain, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Dia akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi npada 3 Okt.
Polis dimaklumkan mengenai bungkusan mencurigakan yang dihantar ke masjid itu pada Rabu kira-kira pukul 5.20 petang. Bungkusan itu dipercayai mengandungi seketul daging babi, menurut polis pada Sabtu (27 Sep).
Para pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) dan anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Rabu (24 Sep) mengosongkan masjid tersebut sebagai langkah berjaga-jaga selepas bungkusan yang mencurigakan ditemui di premisnya.
Ketika itu, polis turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada berada di kawasan berhampiran.
Menurut SCDF, pasukan pakar bahan berbahaya (HazMat) menjalankan pemeriksaan dengan alat pengesan dan mendapati tiada bahan berbahaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.