Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki guna tangan untuk hentikan MRT dari bergerak dilaporkan pada polis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki di Singapura memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan bagaimana dia boleh masuk ke dalam MRT di seberang platform dengan sengaja menyekat pintu skrin platform dan menghalang pintu itu daripada ditutup.

Tindakan beliau itu berjaya menghentikan kereta api MRT daripada bergerak dan menyebabkan semua pintu dibuka semula sekali lagi.

Ia membenarkan lelaki itu dan penumpang MRT lain untuk masuk ke dalam kereta api berkenaan.

Pasukan Polis Singapura (SPF) kemudian mengesahkan bahawa aduan sudah dibuat terhadap lelaki berkenaan.

Video perbuatan lelaki itu kian tular di media sosial hampir satu minggu di pelbagai akaun.

Kapsyen video menjelaskan bahawa lelaki itu sedang menunjukkan salah satu "life hacks" berjaya menaikikereta api yang hampir bergerak dari stesen.

RAKAMAN YANG TULAR

Lelaki itu berada di stesen MRT Jurong East dan dilihat berlari keluar dari satu kereta api ke kereta api yang lain di seberang platform.

Dia meletakkan tangannya di antara pintu skrin platform MRT untuk menghalangnya daripada ditutup sepenuhnya.

Menurut kapsyen video berkenaan, lelaki itu hanya perlu menunggu 10 saat untuk pintu kereta api dibuka semula.

Pintu kereta api mungkin sudah diprogram untuk buka semula sekiranya ia tidak dapat ditutup sepenuhnya, sebagai cara untuk mengeluarkan sebarang objek yang mungkin tersekat.

Video itu kemudian menunjukkan lelaki itu bersama dengan penumpang lain masuk ke dalam MRT.

Klip rakaman itu berakhir dengan lelaki itu memberikan tanda "thumbs up" kepada kamera dan berterima kasih kepada orang ramai kerana menonton videonya.

MASALAH KESELAMATAN

Difahamkan bahawa pintu di platform sudah ditetapkan masa untuk tutup.

Ini sedang kereta api lain makin menghampiri stesen yang sama untuk mengelakkan orang ramai bergegas ke platform berkenaan dan menyebabkan masalah keselamatan.

Penumpang juga berulang kali dinasihatkan semasa menaiki kereta api MRT supaya tidak bersandar pada pintu kereta api.

Ini kerana pintu mungkin gagal ditutup dan akan menyebabkan kelengahan kerana kereta api tidak dapat bergerak mengikut jadual.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan