Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ekori wanita hingga tempat letak kereta dihukum penjara, sebatan rotan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki mengekori seorang wanita tidak dikenalinya yang dijumpai dalam kerata api. Dia kemudian turun di perhentian yang sama dengan wanita tersebut dan terus mengekorinya pada jarak dekat sebelum mencuba mengangkatnya ke satu sudut di tempat meletak kereta untuk meluahkan perasaannya kepada wanita itu.

Tran Xuan Bang, 22 tahun, dihukum penjara dua tahun dan dikenakan tiga sebatan rotan pada Jumaat (21 Okt)atas satu kesalahan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa. Satu lagi kesalahan dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Tran, seorang tukang masak dari Vietnam, berada di dalam kereta api sepanjang Laluan Timur Barat pada pagi 16 September tahun ini, apabila dia melihat mangsa.

Wanita 21 tahun itu sedang dalam perjalan pulang selepas keluar minum bersama rakan-rakannya. Apabila wanita itu turun di stesen MRT Kallang, Tran mengekorinya, walaupun dia hendak ke Pasir Ris.

Tran mengikut mangsa pada jarak yang sangat dekat sehingga mangsa dapat merasakan Tran menekan bahagian belakang badannya.

Wanita itu menyuruh Tran pergi namun dia tetapi Tran tetap mengekori mangsa.

Mangsa kemudia memasuki sebuah tempat meletak kereta pada pukul 6.40 pagi, yang merupakan laluan biasanya ke rumah, kamera litar polis berjaya merakam Tran mengekori mangsa.

Mangsa berjaya melepaskan diri daripada genggaman Tran, maka Tran memutuskan untuk mengangkatnya. Dia menggenggam bahagian pinggang dan peha mangsa dari belakang lalu mengangkatnya sejauh empat hingga lima langkah sebelum menurunkan wanita tersebut.

Mangsa tersebut terus melawan. Namun pada waktu yang sama Tran mencabulinya.

Pihak pendakwa meminta hukuman penjara 24 bulan dan tiga sebatan rotan dan berkata kesalahan tersebut sudah dirancang dan dilaksanakan dengan begitu berani.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan