Lelaki dituduh sumbat hujung cili ke dalam mulut anak hingga sebabkan kematian
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Rabu (14 Jun) kerana bertindak melulu sehingga menyebabkan kematian anaknya, iaitu dengan menyumbat hujung sebatang cili ke dalam mulut mangsa yang sedang berbaring di lantai.
Pada Rabu (14 Jun), Muhammad Amir Kader, 37 tahun, dikenakan satu tuduhan bertindak melulu tanpa niat membunuh.
Menurut kertas pertuduhan, insiden berlaku pada sekitar 1.30 tengah hari, 2 Ogos 2022, di flat Blok 327C Anchorvale Road.
Anak Amir, Muhammad Ariq Raziqin Muhammad Amir, sedang berbaring di atas lantai apabila Amir dipercayai menggunakan tangan kanannya untuk menyumbat hujung sebiji cili ke dalam mulut anaknya.
Perbuatan itu menyebabkan saluran pernafasan mangsa tersumbat sehingga menyebabkannya meninggal dunia. Umur Ariq tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
Pihak pendakwa berkata mereka tidak membuat permohonan untuk melindungi nama mangsa kerana "tiada pihak lain untuk dilindungi".
Menjawab, Amir mendedahkan: "Saya ada anak-anak lain."
Pendakwa kemudian mengatakan bahawa "tiada kemudaratan akan berlaku pada kanak-kanak lain".
Amir ditawarkan ikat jamin S$20,000 dan akan kembali ke mahkamah pada bulan depan. Jika sabit kesalahan bertindak melulu sehingga menyebabkan kematian, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.