Lelaki dituduh sembunyikan mayat wanita dalam flat di Hougang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram Cik Nallur Yang, CNA
SINGAPURA: Seorang lelaki dituduh sengaja menyembunyikan mayat seorang wanita dalam sebuah flat di Hougang.
Mayat wanita tersebut hanya ditemui empat hari selepas didakwa disembunyikan, di mana ia diadapati sudah reput.
Jason Hong Kai Qi, seorang warga Singapura berusia 33 tahun, pertama kali didakwa pada April dengan satu tuduhan sengaja menyembunyikan mayat manusia.
Dia didakwa mempunyai sebab untuk melaporkan dan mendapatkan bantuan berhubung mayat di sebuah flat di Blok 43 Hougang Avenue 7 kira-kira pukul 4.10 petang pada 23 Apr, namun memilih untuk meninggalkan unit berkenaan.
Oleh sebab itu, mayat Cik Nallur Yang Hui Ying yang reput hanya ditemui empat hari kemudian pada 27 Apr.
Menurut kertas pertuduhan, Hong "menghalang penemuaan mayat manusia".
Kertas tuduhannya bagaimanapun tidak memberikan butiran hubungannya dengan Cik Yang mahupun bagaimana atau bila dia meninggal dunia.
Hong dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak S$20,000 dan akan kembali ke mahkamah pada Ogos.
Jika disabit kesalahan sengaja menyembunyikan mayat manusia dan menghalang penemuannya, Hong boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.