Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh dera budak perempuan 11 tahun; wanita perhatikan tanpa menghalang

Seorang lelaki dan seorang wanita didakwa di mahkamah pada Isnin (17 Okt) atas tuduhan mendera secara fizikal seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah flat di Chua Chu Kang dua tahun yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dituduh dera budak perempuan 11 tahun; wanita perhatikan tanpa menghalang

(Gambar hiasan: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Seorang lelaki dan seorang wanita didakwa di mahkamah pada Isnin (17 Okt) atas tuduhan mendera secara fizikal seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah flat di Chua Chu Kang dua tahun yang lalu.

Identiti kedua-dua tertuduh yang merupakan warga Singapura berusia 34 tahun itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi mangsa yang kini berusia 13 tahun.

Mereka masing-masing berdepan dengan satu tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak dengan menimbulkan kesakitan fizikal, penderitaan atau kecederaan.

Dokumen-dokumen mahkamah bagaimanapun tidak memberikan lebih banyak perincian mengenai hubungan mereka bertiga sekalipun wanita itu mempunyai hak penjagaan ke atas kanak-kanak perempuan itu.

Menurut dokumen-dokumen mahkamah, lelaki itu dipercayai menampar muka kanak-kanak berkenaan dan memukul lengan dan kakinya dengan tali pinggang kira-kira 20 kali sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami pelbagai kecederaan fizikal.

Wanita itu dituduh dengan sengaja membenarkan lelaki tersebut berbuat demikian.

Meskipun wanita itu turut berada di tempat kejadian, dia tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

Kedua-dua tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 27 Oktober ini.

Mereka berdua dibebaskan dengan ikat jamin S$20,000 setiap seorang.

Jika didapati bersalah di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, mereka berdua boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga S$8,000 atau kedua-duanya sekali.
 
Sumber : Today/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan