Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh cabul kanak-kanak adalah tukang masak prasekolah; ada gangguan pedofilia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 59 tahun, yang bertugas sebagai tukang masak di sebuah prasekolah, dituduh mencabul seorang budak perempuan dua tahun.

Mahkamah diberitahu pada Rabu (27 Dis), terdapat lebih ramai mangsa.

Warga Malaysia dan Penduduk Tetap (PR) Singapura itu didakwa buat pertama kali pada 6 Disember atas kesalahan mencabul seorang budak perempuan dua tahun di bahagian dalam lampinnya pada 9 November, di sebuah prasekolah.

Namanya tidak boleh didedahkan disebabkan perintah mahkamah yang menghalang sebarang maklumat yang boleh mendedahkan identiti mangsa.

Keluarga lelaki tersebut dari Malaysia menggunakan khidmat guaman Encik Revi Shanker, dan peguam itu hadir di mahkamah bagi sesi perbicaraan kes itu pada Rabu.

Sebelum ini, tertuduh diarahkan untuk direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan perubatan pada 13 Disember.

Laporan tersebut menyatakan bahawa dia menghidapi gangguan pedofilia, seperti yang diberitahu kepada mahkamah.

Pendakwa polis berkata bahawa pegawai penyiasat memerlukan masa untuk menyelesaikan siasatan, dan tertuduh akan berdepan tuduhan tambahan yang serupa.

Beliau juga meminta supaya tiada
ikat jamin diberikan, dan menambah bahawa dakwaan mencabul dihadapi tertuduh tidak boleh diikat jamin.

"Kebimbangan terhadap keselamatan awam adalah sangat penting," kata pendakwa raya.

"Tertuduh adalah seorang tukang masak di prasekolah di mana kejadian berlaku, dan semua mangsa adalah di bawah umur, dan bersekolah di prasekolah tersebut."

Encik Shanker berkata tiada tanda dalam laporan IMH bahawa terdapat risiko anak guamnya akan mengulangi kesalahannya, atau terdapat sebarang isu dengan "keselamatan awam berkenaan dengan mangsa di bawah umur".

Pendakwa raya polis kemudian meminta perintah mahkamah tersebut digunakan bagi lokasi kejadian, yang dibenarkan hakim.

Hakim Daerah Brenda Tan menangguhkan kes ke Januari.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) sebelum ini menyatakan bahawa ia sudah memulakan siasatan terhadap kes tersebut dan menambah bahawa ia tidak akan memberi komen lanjutan sedang siasatan oleh ECDA dan polis dijalankan.

Tertuduh sudah diberhentikan kerja oleh prasekolah terbabit, dan ECDA menyatakan bahawa ia tidak akan membenarkan tertuduh bekerja semula di dalam sektor prasekolah sedang siasatan dijalankan.

ECDA menekankan bahawa ia melaksanakan pemeriksaan latar belakang ke atas kakitangannya, termasuk kakitangan bukan tenaga pengajar, sebelum dikerahkan ke prasekolah.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan