Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh cabul 2 remaja perempuan 15 tahun di kolam renang di Sentosa

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki dituduh mencabul kehormatan dua remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah kolam renang ombak di Sentosa, selang 15 minit antara satu sama lain.

Warga Mauritius, Murchoyea Bumal, 37 tahun kembali ke mahkamah pada Khamis (13 Apr) bagi sebutan lanjut kesnya itu.

Bumai pertama kali didakwa pada 31 Mac atas dua tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap kedua-dua remaja tersebut, sambil menyedari bahawa ia berkemungkinan mencabul kehormatan mereka.

Kedua-dua insiden tersebut dikatakan berlaku lewat tengah hari pada 18 Mac tahun lalu, di dalam kolam renang ombak BluWater Bay Tsunami di taman air Adventure Cove di Pulau Sentosa.

Dia dituduh memukul punggung seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Sekitar 15 minit kemudian, dia dkatakan menyentuh bahagian sulit seorang lagi remaja perempuan berusia 15 tahun dari belakang.

Kesnya ditangguhkan ke Mei.

Jika disabit kesalahan mencabul kehormatan, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, disebat, atau dikenakan mana-mana gabungan hukuman tersebut bagi setiap tuduhan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan