Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh bunuh wanita di Hougang direman bagi penilaian psikiatri

Anggaran Waktu Membaca:
 Lelaki dituduh bunuh wanita di Hougang direman bagi penilaian psikiatri

Du Zaixing dituduh bunuh Cik Dao Thi Hong di sebuah kedai di Blok 210, Hougang Street 21, pada 10 Dis 2024. (Gambar fail: CNA/Wallace Woon)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang pada Khamis (19 Dis) dituduh membunuh seorang wanita di Hougang direman lanjut bagi penilaian psikiatri.

Du Zaixing, seorang warga China, dituduh menyebabkan kematian Cik Dao Thi Hong di sebuah kedai di Blok 210 Hougang Street 21, sekitar pukul 11.05 pagi pada 10 Disember.

Kertas pertuduhan bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana Cik Dao, 34 tahun, meninggal dunia. Kesalahan membunuh membawa hukuman mati.

Du dihadapkan ke mahkamah menerusi persidangan video. Dia dilihat memakai kemeja-T berwarna merah. Dia hanya tunduk sambil mendengar prosiding mahkamah yang diikutinya melalui jurubahasa Mandarin.

Seorang pendakwa raya polis mengusulkan agar Du ditahan di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi selama tiga minggu untuk menjalani penilaian psikiatri.

Peguam Du, Cik Safia Begum tidak menolak usulan itu.

Beliau juga meminta bantuan mahkamah untuk memaklumkan kepada Du bahawa dia diwakili oleh seorang peguam.

Hakim meluluskan permohonan itu dan menetapkan sebutan kes seterusnya bagi Du pada 9 Januari 2025.

Du sebelum ini ditahan reman dengan izin boleh dibawa keluar untuk kembali ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Dia ditangkap di tempat kejadian pada 10 Disember dan dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Mangsa dan seorang lelaki berusia 26 tahun, yang ditemui dengan kesan luka tikaman, juga dikejarkan ke hospital.

Cik Dao meninggal dunia di hospital.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan