Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dituduh bunuh isteri di flat Ang Mo Kio selesai jalani penilaian psikiatrik

Seorang lelaki yang dituduh membunuh isterinya di sebuah flat Ang Mo Kio pada bulan lalu sudah selesai menjalani penilaian psikiatrik dan akan ditahan reman lanjut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dituduh bunuh isteri di flat Ang Mo Kio selesai jalani penilaian psikiatrik

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Feb 2022 11:23AM Dikemas Kini : 16 Feb 2022 06:52PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dituduh membunuh isterinya di sebuah flat Ang Mo Kio pada bulan lalu sudah selesai menjalani penilaian psikiatrik dan akan ditahan reman lanjut.

Rakyat Singapura David Brian Chow Kwok-Hun, yang tampil di mahkamah menerusi pautan video dari tempat dia ditahan reman, juga mendapat khidmat peguam-peguam yang baru pada Rabu (16 Feb), dipimpin oleh peguam Shashi Nathan dari Withers KhattarWong.

Chow, 33 tahun, dituduh melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Isabel Elizabeth Francis, 30 tahun. Dia didakwa di hospital pada bulan lalu dan kertas tuduhan tidak memperincikan bagaimana jenayah yang didakwa itu dilakukan.

Dia didakwa membunuh isterinya sekitar pukul 7.40 pagi pada 11 Januari di sebuah flat di tingkat dua Blok 228B Ang Mo Kio Street 23. Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan kepada "satu kes tikaman" di flat itu pada pagi tersebut.

Cik Francis disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara Chow dibawa ke hospital dengan mengalami kecederaan.

Pada Rabu, pihak pendakwa polis berkata Chow sudah selesai menjalani penilaian psikiatrik. Pihak pendakwa memohon supaya dia ditahan reman selama seminggu dan berkata tertuduh perlu dibawa semula ke tempat kejadian.

Encik Nathan, yang mengambil alih kes itu bersama rakan-rakan sekerjanya, Jeremy Pereira dan Laura Yeo, berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bantahan.

Chow ditahan reman selama seminggu dan diizinkan untuk dibawa keluar bagi siasatan. Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 23 Februari.

Jika sabit bersalah melakukan pembunuhan, dia boleh dihukum mati.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan