Lelaki dituduh aniaya 2 kanak-kanak lelaki, pukul guna penyangkut ketika dalam posisi tekan tubi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Seorang lelaki 28 tahun didakwa menganiaya dua kanak-kanak lelaki secara fizikal menggunakan penyangkut baju, menumbuk salah satu daripada mereka dan mengarah seorang lagi melakukan posisi tekan tubi.
Lelaki warga Singapura itu yang namanya tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti kanak-kanak lelaki tersebut, kembali ke mahkamah pada Khamis (15 Jun) untuk berdepan dua tuduhan menganiaya kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (CYPA).
Butiran tentang lokasi insiden dan umur kanak-kanak lelaki itu tidak boleh diterbitkan kerana mereka dilindungi perintah mahkamah dan
dikeluarkan daripada dokumen-dokumen mahkamah.
Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu mengarahkan kanak-kanak lelaki pertama untuk melakukan posisi tekan tubi sekitar Januari 2023.
Ketika kanak-kanak lelaki itu berada di posisi tersebut, lelaki berkenaan didakwa memukul punggungnya beberapa kali dengan penyangkut baju.
Pada kira-kira pukul 8.00 malam pada 1 Mei 2023, lelaki itu menumbuk kanak-kanak lelaki kedua "beberapa kali" di pipinya. Dia juga dikatakan memukul kanak-kanak itu di bahagian belakangnya dengan penyangkut baju.
Tidak jelas pada peringkat awal perbicaraan tersebut bagaimana kesalahan itu didedahkan, atau apakah hubungan lelaki itu dengan kanak-kanak lelaki tersebut.
Pada Khamis, mahkamah diberitahu bahawa laporan perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) masih belum diselesaikan. Kes itu ditangguhkan kepada Julai bagi perbicaraan selanjutnya.
Jika didapati bersalah menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya, lelaki itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga S$8,000 atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.