Lelaki ditemui mati di rumah peralihan akibat ambil ubat terlarang, kata koroner
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang ditemui mati di Rumah Peralihan Selarang meninggal dunia akibat campuran ubat terlarang tanpa preskripsi, yang dia perolehi walaupun diperiksa pihak berkuasa, kata sebuah mahkamah koroner pada Selasa (22 Nov).
Encik Ismail Kosnak, 49 tahun meninggal dunia pada 27 Mei lalu yang disifatkan koroner sebagai disebabkan oleh keadaan yang tidak disengajakan.
Mahkamah diberitahu bahawa Encik Ismail mempunyai sejarah mengambil bahan terlarang dan mempunyai rekod jenayah berkaitan kesalahan dadah.
Dia dijatuhkan hukuman pada Julai 2019 kerana memiliki dadah dan dibebaskan pada Oktober 2021.
Dia kemudiannya diletakkan di bawah skim penjagaan wajib di Rumah Peralihan Selarang pada bulan yang sama dan tinggal di sebuah unit perumahan di sana serta bekerja sebagai pekerja pembersihan.
Pada pagi 27 Mei lalu, pegawai dari rumah peralihan itu telah ke unit Encik Ismail untuk memberitahunya supaya melaporkan diri.
Encik Ismail berkata dia terlalu letih dan tidak berasa sihat lalu meminta waktu melaporkan diri yang lain.
Apabila pegawai-pegawai tersebut kembali ke unitnya sekitar pukul 1.45 tengah hari, mereka mendapati Encik Ismail terbaring dalam keadaan tidur. Tubuh badannya bagaimanapun sejuk dan dia tidak memberi tindak balas.
Dia disyitiharkan meninggal dunia pada hari tersebut, namun tiada sebarang perkara mencurigakan ditemui dan tiada perbuatan khianat disyaki.
Pemeriksaan ke atas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan terdapat tiga rakan sebilik di dalam unit itu ketika Encik Ismail meninggal dunia. Namun tidak seorang pun yang mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku.
Bedah siasat awal memutuskan punca kematiannya sebagai kegagalan pernafasan. Pelbagai jenis ubat-ubatan ditemui dalam tubuh Encik Ismail, dan laporan oleh Penguasa Sains Kesihatan
(HSA) kemudian mendapati dia meninggal dunia akibat campuran pelbagai jenis ubat mengkhayalkan.
Terdapat dua jenis ubat di dalam tubuhnya yang berada pada paras beracun: Dextromethorphan, yang sering digunakan untuk mengubati demam dan selesema, dan nitrazepam, ubat preskripsi bagi insomnia atau sukar tidur. Ujian virologi juga mendapati terdapat virus COVID-19 pada tubuhnya.
Dia tidak mempunyai preskripsi bagi ubat tersebut dan dipercayai memperolehinya dengan cara haram, tambah seorang pegawai.
Ditanya sama ada terdapat langkah-langkah di rumah peralihan itu untuk melindungi penghuninya daripada memiliki ubat tanpa preskripsi doktor, pegawai tersebut berkata rumah peralihan itu melakukan pemeriksaan 100 peratus ke atas penghuni yang pulang ke premis itu setiap hari.
Penghuni juga harus menunjukkan memo daripada doktor atau preskripsi bagi sebarang ubat yang ada pada diri mereka. Sekiranya tiada memo doktor, ubat itu akan dianggap sebagai tanpa preskripsi doktor dan kes tersebut akan dirujuk ke polis atau HSA bergantung kepada kelas ubat.
Terdapat juga peraturan yang menetapkan bahawa ubat-ubatan tersebut dilarang di rumah peralihan itu, dan pemeriksaan secara rambang dilakukan ke atas penghuni setiap minggu.
Mereka juga perlu menjalani ujian air kencing secara berkala. Pegawai penyiasat berkata dalam kes Encik Ismail, dia tidak mendapat preskripsi untuk ubat-ubatan yang ditemui dalam tubuhnya.
Menurut laporan dari Institut Kesihatan Mental bertarikh Julai 2022, Encik Ismail ketagih dadah heroin serta ubat seperti benzodiazepin dan pil tidur.
Dia dimasukkan ke IMH kerana menyalahguna ubat pada 2019, tetapi kemudiannya tidak dapat dihubungi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.