Lelaki ditemui mati dalam kereta di Claymore Road, kawasan Orchard
Seorang lelaki berusia 65 tahun ditemui meninggal dunia di dalam kereta di Claymore Road di Orchard hari ini (18 Feb).
Petikan video menunjukkan khemah polis di Claymore Road (Gambar: Steven Lai)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 65 tahun ditemui meninggal dunia di dalam kereta di Claymore Road di Orchard hari ini (18 Feb).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 7 Claymore Road pada 12.25 tengah hari Khamis.
Seorang lelaki berusia 65 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta dan kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedik SCDF, kata polis.
Polis sedang menyiasat kematian luar biasa itu.
Sebuah rakaman video yang dihantar ke Mediacorp menunjukkan khemah biru di luar prasekolah EtonHouse International. Kawasan di luar prasekolah itu juga dikepung dengan pita polis.
Beberapa kenderaan polis dan sebuah ambulans SCDF juga kelihatan di tempat kejadian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.