Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditemui cedera di Pusat Makanan Whampoa Drive dibawa ke hospital

Seorang lelaki 29 tahun ditemui cedera di Pusat Makanan Whampoa Drive dan telah dibawa ke hospital pada awal pagi Selasa (1 Dis), menurut polis pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditemui cedera di Pusat Makanan Whampoa Drive dibawa ke hospital

(Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 02 Dec 2020 05:34PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 05:37PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 29 tahun ditemui cedera di Pusat Makanan Whampoa Drive dan telah dibawa ke hospital pada awal pagi Selasa (1 Dis), menurut polis pada Rabu.

Menurut polis, mereka dimaklumkan mengenai "kes sengaja menyebabkan kecederaan" di 90 Whampoa Drive pada pukul 1.13 pagi Selasa.

"Lelaki berusia 29 tahun itu dalam keadaan sedar apabila dibawa ke Hospital Tan Tock Seng," tambah polis.

Lelaki itu dibawa ke hospital oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu terbaring di lantai dalam keadaan berlumuran darah. Terdapat juga kesan darah di meja dan kerusi.

Sekeping gambar lagi menunjukkan seorang lelaki sedang membersihkan darah di lantai.

Video yang tular di media sosial menunjukkan sebuah ambulans di tempat kejadian dan sebahagian kawasan di pusat penjaja itu dikepung.

Polis masih menjalankan siasatan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan