Lelaki ditembak polis, cuba serang guna alat penyembur api di Taman Pasir Ris
Dalam satu kejadian yang jarang berlaku, polis melepaskan tembakan ke atas seorang lelaki berusia 42 tahun di Taman Pasir Ris.
(Gambar: CNA)
- Dalam satu kejadian yang jarang berlaku, polis melepaskan tembakan ke atas seorang lelaki berusia 42 tahun di Taman Pasir Ris.
- Lelaki yang menggunakan senjata yang menyemburkan api itu cuba menyerang para pegawai polis yang dikerahkan ke tempat kejadian.
- Pasukan Polis Singapura (SPF) turut menemui sebilah pisau berdekatan lelaki itu.
- Lelaki berkenaan, yang ada beberapa waran tangkapan ke atasnya, akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu (9 Nov) atas tuduhan cuba membunuh.
Insiden itu berlaku sekitar pukul 6.00 pagi pada Jumaat (8 Nov) di sebuah menara memerhati burung di taman berkenaan.
Lelaki yang menggunakan senjata yang menyemburkan api itu cuba menyerang para pegawai polis yang dikerahkan ke tempat kejadian.
Dia ditembak di bahagian lengan oleh seorang pegawai polis, setelah enggan meletakkan senjata penyembur api itu dan sebaliknya terus mara ke arah para pegawai polis.
Lelaki berkenaan kemudian jatuh ke lantai dan segera ditangkap oleh polis.
Pasukan Polis Singapura (SPF) turut menemui sebilah pisau berdekatan lelaki itu.
Seorang pegawai polis berusia 24 tahun turut mengalami luka dan dirawat di tempat kejadian.
Menurut SPF, siasatan awal polis mendapati, insiden itu kelihatan seperti satu serangan yang sengaja mahu dilakukan lelaki itu terhadap pegawai polis dengan sengaja mengumpan pegawai polis.
Pegawai polis kemudian bertindak dengan tegas kepada situasi itu.
Lelaki berkenaan, yang ada beberapa waran tangkapan ke atasnya, akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu (9 Nov) atas tuduhan cuba membunuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.