Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap serang & rompak telefon bimbit, wang $200 mangsa

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap setelah didakwa menyerang dan mencuri telefon bimbit dan wang tunai S$200 daripada mangsanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap serang & rompak telefon bimbit, wang $200 mangsa

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 21 Jan 2021 06:50PM Dikemas Kini : 21 Jan 2021 06:51PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap setelah didakwa menyerang dan mencuri telefon bimbit dan wang tunai S$200 daripada mangsanya.

Demikian menurut polis hari ini (21 Jan).

Mangsa membuat aduan polis sekitar pukul 10.00 pagi semalam (20 Jan) memaklumkan bahawa beliau diserang dan dirompak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada hari sebelumnya, menurut polis.

Insiden itu berlaku di Bedok North Avenue 1.

Suspek kemudian dikenal pasti menerusi rakaman CCTV dan rakaman kamera polis. Dia ditangkap dua jam selepas aduan dibuat, menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok (22 Jan) atas kesalahan merompak dan mencederakan (mangsa). Jika sabit kesalahan lelaki itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan rotan sekurang-kurangnya 12 kali.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan