Skip to main content

Singapura

Lelaki ditangkap selepas acu pisau, rompak S$500 dari remaja dalam bas

Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas pada Khamis (27 Jun) selepas mengacukan pisau dan merompak seorang remaja dalam bas yang sedang melalui Sembawang Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap selepas acu pisau, rompak S$500 dari remaja dalam bas

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 28 Jun 2019 11:31AM Dikemas Kini : 28 Jun 2019 11:33AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas pada Khamis (27 Jun) selepas mengacukan pisau dan merompak seorang remaja dalam bas yang sedang melalui Sembawang Road.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima laporan mengenai seorang lelaki yang merompak seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dalam bas berkenaan pada sekitar 7.50 malam pada Selasa (25 Jun).

Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan sebuah telefon bimbit dan wang tunai bernilai S$500 milik remaja tersebut.

Para pegawai Divisyen Polis Woodlands mengenal pasti suspek selepas menjalankan temu bual dan melihat rakaman CCTV.

Dalam kenyataan medianya, polis menyatakan lelaki itu akan dihadapkan di mahkamah hari ini (28 Jun) atas kesalahan merompak dengan menggunakan senjata.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan hingga 12 kali.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita