Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap merokok di kolong blok didakwa maki hamun 2 pegawai penguatkuasa NEA

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap merokok di kolong blok didakwa maki hamun 2 pegawai penguatkuasa NEA

Gambar: sumber web

Diterbitkan : 27 Jun 2022 10:27PM Dikemas Kini : 27 Jun 2022 10:28PM
SINGAPURA: Satu laporan polis dibuat terhadap seorang lelaki yang didapati merokok di kolong blok sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Jurong West kerana didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap dua pegawai penguatkuasa, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Isnin (27 Jun), NEA menyatakan insiden tersebut berlaku pada Rabu lepas (22 Jun) di sekitar Blok 908 Jurong West Street 91.

"NEA sedia maklum akan rakaman video yang tular online, menunjukkan dua pegawai NEA bersemuka dengan seseorang yang didapati merokok di kawasan larangan," menurut NEA.

Agensi itu menarik perhatian bahawa pegawai penguatkuasaan itu mendekati lelaki berkenaan dengan mengenalkan diri mereka dan memaklumkan kesalahan yang dilakukan oleh lelaki tersebut, menurut NEA.

"Lelaki itu menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai kami. Insiden tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis kerana bahasa kesat yang digunakan terhadap pegawai berkenaan," jelas NEA.

"Lelaki tersebut sudah didakwa atas kesalahan merokok dan perkara tersebut sedang menunggu dibicarakan di mahkamah."

Dalam video yang dimuat naik ke laman Reddit pada Jumaat (24 Jun), seorang lelaki dilihat sedang memaki hamun dua pegawai penguatkuasaan NEA yang menangkapnya didakwa merokok di kolong blok.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan