Lelaki ditangkap lakukan gangguan tailong, bakar rumah di Seletar
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditangkap kerana didakwa membakar kawasan depan sebuah rumah di Seletar dalam satu kes gangguan tailong, kata polis pada Rabu (29 Apr).
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditangkap kerana didakwa membakar kawasan depan sebuah rumah di Seletar dalam satu kes gangguan tailong, kata polis pada Rabu (29 Apr).
Pasukan Polis Singapura (SPF) dimaklumkan mengenai kejadian di rumah privet dekat Saraca Road pada Sabtu.
Menurut SPF, sebuah bom Molotov buatan sendiri digunakan untuk memulakan kebakaran, dan pelakunya meninggalkan juga nota hutang.
Para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Divisyen Polis Ang Mo Kio berjaya mengenalpasti identiti lelaki itu menyusuli siasatan dan menangkapnya pada Selasa.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Khamis atas tuduhan melakukan gangguan tailong. Polis juga sedang menyiasat kemungkinan dia melanggar peraturan jarak selamat.
Pesalah kali pertama yang didapati bersalah bertindak bagi pihak pemiutang terlarang, melakukan atau cuba melakukan gangguan boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda antara S$5,000 dengan S$50,000, serta disebat sehingga enam kali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.