Lelaki ditangkap kerana bakar kamera polis di Jurong West
Seorang lelaki berusia 52 tahun ditangkap kerana didakwa merosakkan kamera-kamera polis yang dipasang di sebuah blok HDB di Jurong West.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 52 tahun ditangkap kerana didakwa merosakkan kamera-kamera polis yang dipasang di sebuah blok HDB di Jurong West.
Demikian menurut polis hari ini (28 Nov).
Kerosakan itu diketahui semalam (27 Nov) apabila kerja-kerja penyenggaraan dijalankan pada kamera-kamera tersebut di Blok 212 Boon Lay Place.
Polis menemui kesan terbakar pada bahagian luar kamera tersebut.
Setelah menjalankan siasatan di kawasan itu dan meneliti gambar-gambar dari kamera polis, suspek ditangkap dalam masa dua jam, menurut kenyataan polis.
Suspek akan didakwa di mahkamah esok (29 Nov).
Mereka yang disabit kesalahan merosakkan harta benda awam boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau didenda maksimum $2,000.
Para pesalah bentan pula boleh dikenakan antara tiga dengan lapan kali sebatan rotan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.