Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap disyaki lakukan rompakan bersenjata di kedai Bukit Batok

Seorang lelaki berusia 40 tahun ditangkap pada Isnin (19 Apr) kerana disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di Bukit Batok.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap disyaki lakukan rompakan bersenjata di kedai Bukit Batok

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 19 Apr 2021 11:09PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 11:10PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditangkap pada Isnin (19 Apr) kerana disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di Bukit Batok.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kes itu pada sekitar 4.25 pagi di sebuah kedai di Bukit Batok Street 52.

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu bersenjatakan pisau dan mendesak mangsa membuka peti wang tunai.

Dia dilaporkan mengambil lapan kotak rokok sebelum melarikan diri, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Mereka menambah bahawa suspek berjaya ditangkap dalam masa dua jam dengan bantuan kamera polis dan CCTV di kedai.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan rompakan bersenjata, dia boleh dipenjara antara tiga hingga 14 tahun, serta sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan