Skip to main content

Singapura

Lelaki ditangkap, disyaki cabul 6 remaja perempuan di Kompleks Renang Hougang

Seorang lelaki berusia 36 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes mencabul kehormatan di Kompleks Renang Hougang, menurut polis hari ini (25 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap, disyaki cabul 6 remaja perempuan di Kompleks Renang Hougang

Kompleks Renang Hougang. (Gambar: Laman ActiveSG)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 08:22PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 08:25PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes mencabul kehormatan di Kompleks Renang Hougang, menurut polis hari ini (25 Sep).

Terdapat enam mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia antara sembilan dengan 13 tahun, menurut polis, sambil menambah bahawa pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kes itu pada 13 September sekitar pukul 3.50 petang.

Suspek kemudian dikenal pasti dan ditangkap semalam (24 Sep) di Hougang Avenue 2.

Dia akan didakwa di mahkamah esok (26 Sep) atas kesalahan mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita