Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap; didakwa pukul wanita 54 tahun dengan tukul di Ang Mo Kio

Seorang lelaki berusia 64 tahun ditangkap kerana didakwa memukul seorang wanita 54 tahun dengan tukul berdekatan stesen MRT Ang Mo Kio, semalam (22 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap; didakwa pukul wanita 54 tahun dengan tukul di Ang Mo Kio

Stesen MRT Ang Mo Kio. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 23 Jul 2018 02:09PM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 02:35PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 64 tahun ditangkap kerana didakwa memukul seorang wanita 54 tahun dengan tukul berdekatan stesen MRT Ang Mo Kio, semalam (22 Jul).

Demikian menurut polis dalam kenyataan media hari ini (23 Jul).

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu pada 4.20 petang.

Wanita itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan masih sedarkan diri.

Menurut polis, lelaki berkenaan melarikan diri setelah serangan tersebut.

Para pegawai berjaya menjejaki lelaki itu yang ditemui dalam keadaan mabuk di sebuah kedai kopi di Ang Mo Kio Avenue 8 lalu memberkasnya. Sebuah beg sandang dan alat tukul dirampas daripada lelaki itu.

Lelaki tersebut akan didakwa esok atas tuduhan sengaja mengakibatkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Jika disabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat, atau sebarang gabungan hukuman tersebut. 

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan