Skip to main content

Singapura

Lelaki ditangkap, didakwa lakukan serangan pisau di Jalan Besar pada malam Krismas

Polis dimaklumkan mengenai kes di mana seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa diserang oleh seorang lelaki berusia 24 tahun dengan pisau di Jalan Besar, pada 24 Dis jam 3.40 pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap, didakwa lakukan serangan pisau di Jalan Besar pada malam Krismas

Gambar: Pasukan Polis Singapura

Diterbitkan : 26 Dec 2024 08:52AM Dikemas Kini : 26 Dec 2024 08:53AM
SINGAPURA: Polis memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan parah secara sengaja dengan menggunakan senjata berbahaya.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (25 Dis), polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes di mana seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa diserang oleh seorang lelaki berusia 24 tahun dengan pisau di Jalan Besar, pada 24 Dis, jam 3.40 pagi.

Selepas serangan itu, lelaki tersebut melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu mengenali satu sama lain dan mereka pernah berselisih sebelum ini.

Pegawai dari Divisyen Polis Central kemudiannya mengenal pasti identiti suspek dan memberkasnya pada hari yang sama di sebuah unit kediaman di Keat Hong Close.

Semasa ditangkap, seorang wanita berusia 19 tahun turut diberkas kerana menyembunyikan pesalah, kata polis.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada 26 Dis.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup, atau untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 15 tahun. Dia juga boleh didenda atau dirotan.

Polis mengingatkan orang ramai bahawa adalah satu kesalahan untuk membawa senjata di tempat awam selain bagi tujuan yang sah.

Pesalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan.
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita