Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap di Pusat Pemeriksaan Tuas kerana sembunyikan 4 ekor kucing dalam seluarnya

Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (2 Jan) menemui empat ekor kucing hidup yang disembunyikan di dalam seluar yang dipakai oleh seorang lelaki rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2019 05:04PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:48PM

SINGAPURA: Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (2 Jan) menemui empat ekor kucing hidup yang disembunyikan di dalam seluar yang dipakai oleh seorang lelaki rakyat Singapura.

Lelaki berusia 45 tahun itu sedang berada di dalam sebuah kereta yang berdaftar di Singapura ketika melalui Pusat Pemeriksaan Tuas apabila para pegawai terdengar bunyi 'meow' daripada seluarnya, menurut ICA dalam satu catatan Facebook hari ini (5 Jan).

"Para pegawai menjalankan pemeriksaan lanjut setelah terdengar bunyi 'meow' daripada seluarnya," menurut ICA lagi.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Dalam satu catatan Facebook yang berasingan, AVA menyatakan bahawa kucing-kucing itu berada di bawah jagaannya buat masa ini dan siasatan sedang dijalankan.

"Status kesihatan haiwan-haiwan yang diseludup tidak diketahui dan ia mungkin memperkenalkan penyakit-penyakit eksotik seperti penyakit anjing gila atau jangkitan rabies ke Singapura," menurut AVA.

AVA turut menarik perhatian bahawa kegiatan menyeludup sebarang haiwan atau burung hidup ke negara ini tanpa lesen diharamkan, dan pesalah boleh dikenakan denda maksimum S$10,000, dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

ICA menambah cara menyembunyikan haiwan itu juga "menjadi keprihatinan" kerana "cara-cara yang serupa mungkin digunakan oleh individu-individu yang berniat untuk menyeludup senjata-senjata ke Singapura".  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan