Lelaki ditangkap ambil gambar bawah skirt penumpang wanita di bas awam
Seorang lelaki 46 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes mengintai, kata polis dalam satu kenyataan media pada Ahad (19 Jul).
(Gambar hiasan: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki 46 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes mengintai, kata polis dalam satu kenyataan media pada Ahad (19 Jul).
Polis menyatakan mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 15 Julai pada sekitar 5.45 petang, yang mana seorang lelaki didakwa mengambil gambar bawah skirt seorang penumpang wanita ketika menaiki bas awam di Swanage Road.
Melalui siasatan susulan, para pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti lelaki itu dan menangkapnya pada 17 Jul.
"Dua kamera lubang jarum (pinhole) yang dipercayai digunakan oleh lelaki itu untuk mengambil gambar tersebut dirampas," tambah polis.
Siasatan sedang dijalankan.
Mereka yang didapati bersalah mengintai menghadapi hukuman penjara dua tahun, denda, sebatan rotan, atau sebarang gabungan hukuman-hukuman itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.