Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditahan, maki hamun penjawat awam selepas pergaduhan di Peace Centre

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan, maki hamun penjawat awam selepas pergaduhan di Peace Centre

(Gambar: Patrick Tan/Facebook)

Diterbitkan : 15 Sep 2022 09:49PM Dikemas Kini : 15 Sep 2022 09:49PM
SINGAPURA: Satu pergaduhan berlaku di luar bangunan Peace Centre pada awal pagi Rabu (14 Sep), menyebabkan seorang lelaki diberkas kerana didakwa menggunakan kata kesat terhadap seorang pejawat awam.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Khamis (15 Sep), polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai pergaduhan di Sophia Road itu pada sekitar 3.35 pagi Rabu.

Polis menyatakan seorang lelaki 30 tahun cedera ringan dalam pergaduhan itu namun enggan dibawa ke hospital.

"Seorang lelaki 35 tahun diberkas kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang penjawat awam," kata polis.

Dalam video sepanjang 31 saat yang dimuatnaik ke Facebook oleh Encik Patrick Tan, lebih 15 orang dilihat berhimpun di kawasan di mana berlaku pergaduhan itu. Beberapa daripada mereka dilihat cuba menyuraikan kumpulan itu dan menenangkan keadaan.

Seorang lelaki memakai kemeja-T merah boleh dilihat saling bertumbuk dekat pintu masuk Peace Centre sedang beberapa orang lain cuba meleraikan pergaduhan itu.

Sisatan polis masih dijalankan.
Sumber : Today/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa