Skip to main content

Singapura

Lelaki ditahan, kereta bertembung kenderaan polis dan rempuh rumah kedai

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan, kereta bertembung kenderaan polis  dan rempuh rumah kedai

Tangkap layar skrin video tular di media sosial.

Diterbitkan : 11 Nov 2022 05:03PM Dikemas Kini : 11 Nov 2022 05:04PM
SINGAPURA: Seorang lelaki dtahan selepas keretanya bertembung dengan kenderaan polis di Jalan Besar, menyebabkannya merempuh sebuah rumah kedai.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (11 Nov).

Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat pada sekitar pukul 1.00 pagi. Ketika itu, pegawai polis sedang dalam perjalanan untuk menguruskan kejadian lain.

Menurut SPF, sebuah kereta kemudian melanggar bahagian kiri belakang kenderaan itu di Jalan Besar Road, menyebabkan kenderaan tersebut melanggar papan tanda jalan dan pintu sebuah rumah kedai.

Video kejadian itu tular di media sosial dan menunjukkan bahagian depan kenderaan polis itu merempuh pintu masuk rumah kedai berkenaan.

Beberapa kenderaan polis juga dilihat berhampiran ketika para pegawai mengarahkan laluan trafik di sekitar tempat kejadian.

Seorang pegawai polis 25 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri selepas kejadian itu, menurut SPF.

Pemandu kereta yang berusia 43 tahun itu cedera ringan dan enggan dibawa ke hospital.

Dia kemudian diberkas atas kesalahan memandu ketika di bawah pengaruh dadah dan kesalahan disyaki berkaitan dadah.

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita