Lelaki ditahan, didakwa bakar hiasan Hari Kebangsaan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Google Street View/ Blk 115A Canberra Walk
SINGAPURA: Seorang lelaki 39 tahun diberkas pada Rabu (10 Ogos) kerana didakwa membakar hiasan Hari Kebangsaan.
Polis menerima laporan pada 10 Ogos sekitar pukul 1.30 tengah hari memaklumkan bahawa seorang lelaki didakwa membakar hiasan Hari Kebangsaan yang dipasang di sekitar Blk 115A Canberra Walk.
Melalui siasatan dan dengan bantuan gambar-gambar daripada kamera polis, lelaki itu ditangkap dalam masa enam jam kes tersebut dilaporkan, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Khamis (11 Ogos).
"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang sengaja merosakkan harta benda. Pesalah akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang."
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (12 Ogos) atas kesalahan melakukan perbuatan nakal menggunakan api.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.