Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditahan di M'sia diserahkan ke polis SG selepas wanita 27 tahun ditemui mati di Beach Road

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 50 tahun yang ditahan di Malaysia pada Selasa (15 Nov), diserahkan kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) pada hari berikutnya.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (18 Nov) kerana membunuh.

Lelaki itu ditahan di Malaysia kerana disyaki terlibat dalam kematian luar biasa seorang wanita berusia 27 tahun, menurut SPF dalam satu kenyataan media pada Rabu.

SPF menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes kematian luar biasa di sebuah kedai di Beach Road pada Ahad (12 Nov).

Mereka menemui wanita itu di dalam kedai tersebut dan disahkan mati oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

Wanita itu dikaitkan dengan laporan orang hilang yang dibuat pada Khamis petang, menurut SPF.

Polis mengenal pasti lelaki berusia 50 tahun itu, namun dia melarikan diri ke Malaysia pada pagi hari yang sama apabila laporan orang hilang difailkan.

SPF dengan segera meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesannya.

Lelaki itu ditahan oleh PDRM dan kemudian diserahkan kepada SPF pada Rabu.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302(1) Kanun Keseksaan 1871.

Jika didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman mati.

Siasatan masih dijalankan.

"Pihak berkuasa Singapura akan membuat apa sahaja yang perlu dan dibenarkan di bawah undang-undang kami untuk mencari dan membawa ke muka pengadilan mereka yang melakukan jenayah di Singapura, tanpa mengira di mana mereka mungkin melarikan diri," menurut SPF.

"Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan