Lelaki ditahan di IMH meninggal dunia setelah alami serangan jantung
Seorang lelaki yang ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) setelah didakwa melanggar perintah perlindungan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di Hospital Besar Changi.
SINGAPURA: Seorang lelaki yang ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH)
setelah didakwa melanggar perintah perlindungan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di Hospital Besar Changi. Demikian menurut siasatan koroner pada Rabu (10 Apr).
Encik Teo Tiong Guan, 54 tahun, didakwa di mahkamah pada 29 Sep tahun lalu bagi satu tuduhan melanggar perintah perlindungan terhadap salah seorang anggota keluarga yang tidak didedahkan di bawah Piagam Wanita.
Beliau ditahan di IMH bagi penilaian psikiatrik, di mana seorang doktor menilainya.
Encik Teo sebelum ini mengalami kemurungan serius, ketagihan alkohol and kecelaruan personaliti antisosial.
Lebih seminggu selepas ditahan di IMH, Encik Teo "menunjukkan perubahan mendadak terhadap kesihatan mentalnya," menurut Koroner Samuel Chua.
Beliau juga berubah menjadi seorang yang cepat marah. Disebabkan perubahan mendadak tersebut, Encik Teo dibawa ke Hospital Besar Changi bagi siasatan lanjut.
Beliau dijadual menjalani pemeriksaan MRI di bahagian otaknya pada tengah hari 16 Okt, kurang tiga minggu setelah beliau ditahan di IMH.
Bagaimanapun, beliau mengalami serangan jantung pada awal pagi hari itu dan tidak sedarkan diri. Bantuan pernafasan kecemasan selama setengah jam bersama beberapa dos adrenalina, gagal menyelamatkan beliau. Encik Teo disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi akibat penyakit jantung.
Pihak koroner menyampaikan takziah kepada keluarga Encik Teo atas pemergian mendiang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.