Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditahan curi barang dari beberapa kedai

Polis memberkas seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri kecurian barangan di Orchard Road dan Harbourfront Walk.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan curi barang dari beberapa kedai

Antara barang-barang yang dirampas polis. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 19 Jan 2019 10:40PM Dikemas Kini : 19 Jan 2019 10:44PM

SINGAPURA: Polis memberkas seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri kecurian barangan di Orchard Road dan Harbourfront Walk.

Antara Dis 2018 dengan Jan 2019, polis menerima beberapa aduan tentang barang-barang seperti cermin mata hitam berjenama, barang-barang kulit dan aksesori dicuri dari beberapa pusat beli-belah di Orchard Road dan Habourfront Walk.

Selepas menjalankan siasatan, para pegawai dari Divisyen Polis Tanglin berjaya mengenal pasti suspek. Dia diberkas hari ini (19 Jan). Pelbagai barangan bernilai lebih S$3,000 dirampas. 

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (21 Jan) atas tuduhan mencuri di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Bab 224. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Dalam pada itu, polis mengingatkan para peruncit supaya mengambil beberapa langkah berjaga-jaga. Antaranya termasuk memasang poster tentang kes curi, menyimpan barang-barang mahal dalam tempat dikunci dan memasang CCTV di pintu masuk kedai.  

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa