Lelaki disyaki dalang sindiket vape ditahan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun, yang dipercayai dalang di sebalik sindiket vape, sudah ditangkap dan didakwa di mahkamah atas kesalahan menghalang proses undang-undang, subahat pecah rumah dan menipu.
Dia ditangkap pada 10 Oktober dalam satu operasi bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA), menysarkan kegiatan merata negara yang disyaki sindiket vape. Lelaki itu kemudian didakwa di mahkamah pada keesokan harinya (11 Okt).
Sindiket tersebut dikaitkan dengan siasatan yang berterusan ke atas vape yang dirampas bernilai S$6.5 juta oleh HSA.
"Lelaki itu dipercayai adalah dalang di sebalik sindiket vape," menurut SPF dan HSA dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat (18 Okt).
"Siasatan awal menunjukkan bahawa dia didakwa mendalangi pengimportan dan pengedaran vape dari Malaysia ke Singapura dan membekalkan kepada penduduk tempatan."
Lelaki itu didakwa di mahkamah pada 11 Oktober kerana menghalang proses undang-undang, bersubahat pecah rumah, dan bersubahat menipu dan secara tidak jujur mendorong penyerahan harta di bawah Kanun Keseksaan, menurut pihak berkuasa.
Dia juga didakwa atas pengimportan dan pengedaran vape di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan).
Kes itu telah ditangguhkan ke Jumaat (18 Okt)), menurut SPF dan HSA, sambil menambah bahawa lelaki itu "akan direman dalam tempoh ini untuk membantu SPF dan HSA dengan siasatan mereka".
Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), ia adalah satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau membuat tawaran untuk menjual vape serta komponennya.
Mereka yang berbuat demikian berdepan denda sehingga S$10,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama.
Pesalah berulang berdepan denda sehingga S$20,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
"Semua barangan tembakau terlarang akan dirampas," menurut SPF dan HSA.
Kesalahan menghalang keadilan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan bersubahat pecah rumah, lelaki itu berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Dia juga berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali, kerana bersubahat menipu dan secara tidak jujur mendorong penghantaran harta.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.