Skip to main content

Singapura

Lelaki disyaki curi seluar dalam wanita diberkas

Seorang lelaki diberkas kerana disyaki mencuri pakaian dalam wanita, menurut polis pada Khamis (1 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki disyaki curi seluar dalam wanita diberkas

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 06:38PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 06:40PM

SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas kerana disyaki mencuri pakaian dalam wanita, menurut polis pada Khamis (1 April).

Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima aduan pada 20 Feb kira-kira pukul 6.20 pagi daripada seorang mangsa wanita, yang berkata bahawa seluar dalamnya yang digantung di luar rumahnya di Jalan Batu dicuri.

Identiti lelaki itu dikenal pasti menerusi soal siasat dengan orang ramai dan melalui bantuan kamera polis. Dia ditangkap pada Rabu (31 Mac).

"Lelaki itu dipercayai terbabit dalam kes-kes lain di kawasan tersebut. Lebih 60 pakaian dalam yang dijumpai dalam simpanannya turut dirampas," menurut polis sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Jika didapati bersalah kerana mencuri, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita