Lelaki disyaki bunuh wanita SG di Sepanyol ditemani banduan berbahasa Inggeris
Anggaran Waktu Membaca:
MURCIA: Lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita warga Singapura di Sepanyol ditemani sepanjang masa oleh seorang banduan berbahasa Inggeris semasa dalam tahanan.
Mitchell Ong, 43 tahun, kekal dalam tahanan pra-perbicaraan di penjara Sangonera di Murcia. Dia diberkas pada 16 Apr berhubung kematian warga Singapura Audrey Fang.
Mayat Cik Fang ditemui pada 10 April dengan 30 kesan tikaman.
Ong, seorang warga Singapura, hanya dibenarkan menerima lawatan daripada peguamnya, Carolina Flórez de Quiñones, dari Alicante.
Melalui panggilan telefon pada Khamis (2 Mei), Cik Quiñones berkata bahawa Ong dalam keadaan tertekan dan tidak berbahasa Sepanyol. Dia ditemani oleh "banduan yang dipercayai" yang fasih berbahasa Inggeris dan membantunya dengan perkara-perkara asas semasa dalam tahanan.
Ong belum lagi memberikan keterangan kepada pihak berkuasa, tambah peguam tersebut.
Menurut undang-undang Sepanyol, Ong mempunyai hak untuk tidak berbuat demikian. Peguamnya berkata, buat masa ini, tiada rancangan untuk Ong memberikan keterangan secara sukarela.
Menurut sumber yang mengetahui tentang siasatan yang dijalankan, dia tidak mempunyai kaitan dengan wilayah Murcia - tempat di mana mayat Cik Fang ditemui - atau dengan Alicante, iaitu tempat tinggalnya di mana dia ditangkap. Peguam bela berkata Ong telah memasuki Sepanyol sebagai pelancong.

Ong diberkas pada 16 April dan dihadapkan ke mahkamah tiga hari kemudian, dengan hakim mengarahkannya direman tanpa ikat jamin.
Hakim memberitahu peguam bela bahawa Ong boleh memberikan keterangan secara sukarela pada bila-bila masa.
Peguam keluarga Cik Fang, Encik Manuel Martinez, sedang mengikuti perkembangan kes tersebut di Sepanyol, sedang keluarga itu pulang ke Singapura.
Pihak berkuasa Sepanyol masih belum dapat menentukan motif pembunuhan itu, walaupun sebelum ini dilaporkan bahawa polis mengesyaki mungkin ada motif berunsur "kewangan".
Keluarga Cik Fang mendapati bulan lalu bahawa mendiang telah membeli polisi insurans daripada suspek pada 2015.
Mereka menemui dua polisi berkaitan insurans daripada syarikat insurans AIA, yang dijual oleh seorang ejen bernama Ong Cheong Yi, iaitu nama Cina, Mitchell Ong.
Polis Sepanyol juga sedang menyiasat nota penamaan waris Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang ditemui dalam iPad mangsa.

Nota tersebut, bertarikh 24 Mac, menyatakan bahawa Cik Fang telah memutuskan untuk memilih seorang individu yang tidak dikenali sebagai pewaris untuk menerima simpanan CPFnya kerana individu tersebut adalah "rakan lama yang dipercayai".
Jika tiada penamaan waris dibuat, maka wang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Pemegang Amanah Awam untuk diagihkan kepada ahli keluarga.
Keluarganya berkata mereka akan memeriksa dengan pihak berkuasa Singapura sama ada Ong adalah pewaris polisi insurans atau simpanan CPF Cik Fang.
Polis Sepanyol juga sedang menyiasat sama ada Cik Fang berkenalan dengan Ong menerusi aplikasi sembang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.