Lelaki disiasat kerana susun semula hiasan bunga Hari Kebangsaan di Pandan Gardens
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Friends of Ayer Rajah)
SINGAPURA: Polis sedang menyiasat seorang lelaki 23 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes khianat.
Pada kira-kira pukul 10.45 pagi pada 6 Ogos, polis dimaklumkan tentang kejadian di sepanjang kawasan lapang Blok 404 Pandan Gardens.
Hiasan diperbuat daripada bunga bagi sambutan Hari Kebangsaan dirosakkan dan disusun semula untuk membentuk perkataan lain, seperti yang dilihat melalui video dimuat naik di TikTok, kata polis dalam kenyataan media pada Sabtu (10 Ogos).
Catatan di akaun Facebook Friends of Ayer Rajah menyatakan ia sudah membuat aduan polis pada 6 Ogos, dan menambah bahawa "kerja keras dan usaha yang disumbangkan Rangkaian Penduduk Pandan Gardens dan para penduduknya dicemari oleh perbuatan yang tidak menyenangkan ini".
Menerusi siasatan lanjut, polis berjaya mengenal pasti identiti suspek pada 7 Ogos.
Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan itu, dan merakam dan memuat naik video tersebut di TikTok.
Polis menambah bahawa mereka tidak bertolak ansur terhadap perbuatan tidak bertimbang rasa itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas individu yang cuba merosakkan hiasan atau pameran awam yang melambangkan semangat negara.
Siasatan polis terhadap suspek sedang dijalankan. Jika didapati bersalah melakukan kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.