Skip to main content

Singapura

Lelaki disiasat kerana ambil pelitup muka secara haram dari mesin layan diri

Seorang lelaki berusia 39 tahun sedang disiasat kerana menyalahgunakan nombor-nombor kad pengenalan orang lain untuk mendapatkan pelitup dari mesin-mesin layan diri.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Mar 2021 09:35PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 01:05AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun sedang disiasat kerana menyalahgunakan nombor-nombor kad pengenalan orang lain untuk mendapatkan pelitup dari mesin-mesin layan diri.

Kes itu mendapat perhatian polis setelah seorang mangsa melaporkan dia gagal mendapatkan pelitupnya pada awal bulan ini. Pemeriksaan menunjukkan pelitup itu sudah diambil.

Polis mengenal pasti suspek menerusi kamera yang dipasang pada mesin-mesin layan diri berkenaan.

Lelaki itu juga dipercayai terbabit dalam beberapa kes serupa.

Jika didapati bersalah menipu, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Bagi kesalahan mendapatkan maklumat peribadi secara haram pula, dia boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita