Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diserang pisau taktikal di Ming Arcade

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 23 tahun diserang dengan pisau tempuling taktikal berukuran 20 sentimeter (cm) pada awal Sabtu pagi (4 Jun) di Ming Arcade di Cuscaden Road. 

Polis menemui mangsa berlumuran dengan darah dengan pisau tersebut terlekat pada bahagian belakang badannya. 

Dua lelaki, berusia 22 dan 28 tahun, yang menyerang mangsa akan didakwa di mahkamah pada Isnin (6 Jun) kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (5 Jun).

Pihak polis menyatakan ia dimaklumkan mengenai kes tikaman tersebut, di Ming Arcade di 21 Cuscaden Road, sekitar pukul 4.37 pagi pada Sabtu (4 Jun). 

Ketika polis mengenal pasti identiti suspek, pihaknya juga mendapati seorang daripada penyerang yang terlibat dalam kes di Ming Arcade turut didapati memiliki sebilah parang pada lewat hari yang sama di Taman Labrador.

Sekitar jam 8.45 pagi pada Sabtu, polis bertindak balas untuk memberi respons kepada satu kes melibatkan seorang lelaki bersenjatakan parang di Taman Labrador. 

Lelaki bersenjata itu dan subahatnya sudahpun meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba, menurut SPF.

Polis mengenal pasti seorang remaja berusia 19 tahun, yang tidak ada kaitan dengan kes tikam tersebut, sebagai subahat kepada lelaki bersenjata dalam insiden di Taman Labrador.

Kedua-dua penyerang dan remaja berusia 19 tahun itu diberkas menyusuli pemburuan yang dilancarkan oleh diburu pihak polis. 

Tujuh lagi lelaki lain juga ditangkap kerana disyaki anggota kumpulan kongsi gelap selain disyaki terbabit dalam kes tikam di Ming Arcade. 

Kedua-dua penyerang dalam kes tikam di Ming Arcade
akan didakwa atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya dengan niat yang sama. 

Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, dikenakan sebatan rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu. 

Remaja berusia 19 tahun itu juga akan didakwa pada Isnin (6 Jun) kerana memiliki senjata serangan. Jika didapati bersalah, dia boleh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan sebatan rotan sekurang-kurangnya enam kali. 

SPF menambah pihak polis akan menahan mereka untuk siasatan lanjut. 

Siasatan masih dijalankan terhadap baki tujuh individu termasuk tiga remaja. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan