Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki direnjat polis di Boon Lay Place, akan didakwa miliki pisau di tempat awam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2022 01:38PM Dikemas Kini : 21 May 2022 09:13PM

SINGAPURA: Polis menggunakan senjata renjat (taser gun) terhadap seorang lelaki, 56 tahun, pada Jumaat (20 Mei) setelah dia didakwa meluru ke arah mereka dengan sebilah pisau. 

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini (21 Mei) atas kesalahan memiliki senjata serangan di tempat awam. 

Menurut polis, pihaknya menerima aduan pada sekitar 2.00 petang Jumaat (20 Mei) mengenai seorang lelaki yang dipercayai membawa sebilah pisau di sekitar Boon Lay Place. 

"Semasa bersemuka dengan pegawai, lelaki itu dikatakan menghayun-hayunkan pisau itu dan meluru ke arah mereka," menurut polis dalam satu kenyataan media pada Sabtu. 

"Walaupun sudah diarah henti berkelakuan agresif itu, lelaki itu tidak mengendahkan arahan pegawai dan terus meluru ke arah mereka," tambah polis. 

Salah seorang pegawai kemudian menggunakan senjata renjat terhadapnya, yang kemudian berjaya ditahan. 

Sebilah pisau dirampas daripada lelaki tersebut. 

Lelaki itu juga sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kesalahan-kesalahan berkaitan dadah dan satu lagi kesalahan jenayah ugutan, menurut polis. 

Mereka yang didapati bersalah memiliki senjata serangan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan. 

"Polis tidak bertolak ansur terhadap aksi-aksi keganasan yang mengancam keselamatan orang awam dan penjawat awam yang menjalankan tugas mereka. Pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan