Lelaki dipenjara tipu para mangsa 'timeshare' hampir S$200,000
Seorang lelaki 35 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan pada Khamis (3 Okt) kerana melakukan siri penipuan pulangan skim 'timeshare' atau pemilikan hartanah percutian.

(Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Seorang lelaki 35 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan pada Khamis (3 Okt) kerana melakukan siri penipuan pulangan skim 'timeshare' atau pemilikan hartanah percutian.
Antara 2012 dengan 2013, Mohammad Herianto Abdul Hamid menipu 16 pemilik 'timeshare' untuk menyerahkan lebih hampir S$200,000 bagi yuran pembatalan dan pengeluaran pendapatan.
Pada masa itu, dia bekerja sebagai wakil penjual di Fine Harvest dan seorang pengurus penjualan di Khoo and Khrishnan Associates.
Kedua-dua syarikat itu mendakwa menawarkan khidmat pengeluaran pendapatan 'timeshare'.
Dia menghasilkan bahan-bahan mengelirukan bahawa syarikat-syarikat itu dilantik oleh para pemaju 'timeshare' untuk membatalkan keahlian 'timeshare' dan bahawa mereka telah berjaya membantu para pelanggan lain untuk membatalkan keahlian mereka dan mendapatkan semula wang mereka.
Dia juga menunjukkan mereka dokumen-dokumen palsu yang kononnya diberikan oleh syarikat pihak ketiga yang menyatakan jumlah wang yang boleh didapatkan semula oleh para pelanggan.
Pada Khamis, Mohammad Herianto mengaku bersalah atas sembilan tuduhan menipu, manakala 19 tuduhan lain juga diambil kira.
Dua lagi orang yang bersubahat juga didakwa atas kesalahan menipu dan prosiding mahkamah terhadap mereka sedang dijalankan.
Pihak polis menasihati orang awam agar bersikap "waspada" sekiranya mereka menerima panggilan daripada para individu yang kononnya akan membantu mereka untuk mendapatkan semula wang mereka dari keahlian 'timeshare' mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.