Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara simbah minyak panas pada bekas isteri, tumbuk rakan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketika bertengkar bersama isterinya, seorang lelaki mengambil periuk berisi minyak panas lalu menyimbahnya ke arah lengan kanan dan bahagian belakang isterinya, menyebabkan wanita itu mengalami kelecuran tahap dua serta kecederaan lain.

Sehari sebelum insiden itu, Chiang Cheng Suan Simon, 54 tahun, menarik rambut isterinya apabila beliau pulang ke rumah.

Disebabkan bimbang dengan kelakuan suaminya sepanjang dua hari itu, beliau lari dari rumah dan menghubungi polis.

Pasangan itu sudahpun memfailkan perceraian.

Pada Rabu (23 Nov), Chiang dihukum penjara selama 15 bulan dan dua minggu setelah mengaku bersalah atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya, sengaja menyebabkan kecederaan dan sengaja menimbulkan keadaan cemas.

Dua lagi kesalahan melanggar perintah perlindungan peribadi akan dipertimbangkan.

Timbalan Pendakwa (DPP) Koh Yi Wen menambah pada 13 Mei, 2021, Chiang turut bertikam lidah dengan rakannya, Ong Peng Sze, 47 tahun, disebabkan hutang bernilai S$10.

Encik Ong menziarahi Chiang di rumahnya untuk berbicang mengenai hutang itu namun kemudian mula bergaduh. Chiang menolak Encik Ong ke belakang dan menumbuknya beberapa kali di bahagian depan badannya.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya, Chiang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda serta dikenakan sebatan rotan.

Chiang juga berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali, atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan.

Mereka yang disabit kesalahan menimbulkan keadaan cemas boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan