Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara seumur hidup, tikam rakan sebilik

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara seumur hidup, tikam rakan sebilik

Pisau yang dipegang seorang lelaki. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 09:47PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 09:49PM
SINGAPURA: Selepas bergaduh dengan rakan sebiliknya gara-gara tabiat lelaki itu yang boros berbelanja, Naing Lin, seorang warga Myanmar pergi ke dapur untuk menyediakan makanan. Namun, dia kemudian menggunakan pisau memasak, untuk menikam rakan sebiliknya itu.

Lelaki 51 tahun itu dalam keadaan mabuk ketika menghayunkan pisau ke arah rakan senegaranya Myo Kyaw Thu, menikam lelaki itu beberapa kali di bahagian dada dan perut. Kejadian tersebut berlaku di flat mereka di Bedok Reservoir Road pada 2 April, 2021.

Naing Lin kemudian meninggalkan flat tersebut dan tidak pulang hingga keesokan pagi di mana dia melihat keadaan mangsa berlumuran darah di bilik tidur.

Naing Lin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Khamis (22 Sep) selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan membunuh.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, 49 tahun, ialah seorang teknisyen kanan di Singapura dan berada di sini menggunakan pas lawatan jangka pendek ketika kematiannya.

Pada petang sebelum kejadian itu, kedua-dua lelaki telah keluar bersama teman mereka untuk minum arak. Naing Lin minum lima hingga tujuh tin bir.

Mereka pulang berasingan ke bilik sewa mereka di Bedok Reservoir Road.

BERTENGKAR SEBAB TABIAT BELANJA

Apabila Naing Lin masuk ke bilik tidur mereka, dia ternampak Myo Kyaw Thu sedang duduk di atas katilnya sambil menggunakan telefon bimbit. Mereka mula bertengkar tentang tabiat mangsa yang boros berbelanja.

Penilaian dari Institut Kesihatan Mental mendapati Naing Lin sedang mabuk ketika kejadian itu namun dia tidak menghidap gangguan mental, kurang upaya intelektual atau kurang siuman. Keadaannya itu tidak menyebabkan Niang kurang sedar apa yang dilakukannya itu adalah salah.

Bagi kesalahan membunuh, Naing Lin boleh dihukum mati, namun Hakim Valerie Thean mendapati fakta kes tersebut tidak menghendakinya dihukum mati.

 
Sumber : CNA/AE/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa