Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara seumur hidup, sabit bersalah bunuh teman sewa flat di Teck Whye

Seorang lelaki berusia 52 tahun yang mengaku bersalah menikam dada rakan satu flat menggunakan sebilah pisau dapur, namun menafikan dia berniat untuk membunuhnya, disabit bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan membunuh dan dihukum penjara seumur hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara seumur hidup, sabit bersalah bunuh teman sewa flat di Teck Whye

Mohammad Rosli Abdul Rahim di Mahkamah Negara pada 18 Ogos 2017. (Gambar: TODAY/Robin Choo)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 08:54AM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 08:57AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 52 tahun yang mengaku bersalah menikam dada rakan satu flat menggunakan sebilah pisau dapur, namun menafikan dia berniat untuk membunuhnya, disabit bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan membunuh dan dihukum penjara seumur hidup.

Mohammad Rosli Abdul Rahim didapati bersalah membunuh Mohammad Roslan Zaini, 35 tahun, pada 16 Ogos 2017 di sebuah unit yang terletak di tingkat 4, Blok 165A Teck Whye Crescent.

Apabila Rosli diberkas, dia memberi keterangan kepada para penyiasat di mana dia mengaku menggunakan pisau itu, yang mempunyai bilah sepanjang 17 sentimeter, pada Roslan untuk mencederakannya.

Rosli berasa marah terhadap mangsa kerana dipercayai menghina ibunya dan kedua-dua lelaki itu bertengkar mengenai pembayaran sewa flat dan bil api air.

Menurut dokumen mahkamah, pisau itu menembusi bahagian jantung Roslan lalu menyebabkan "pendarahan dalaman akut" pada bahagian dadanya.

Namun, Rosli menuntut perbicaraan terhadap tuduhan membunuh itu kerana dia menafikan berniat untuk menyebabkan kematian lelaki berkenaan.

Perbicaraan Rosli bermula pada 16 Februari tahun lalu dan dia ditahan reman sejak melakukan pembunuhan itu. Dia didapati bersalah membunuh pada 9 November dan dihukum penjara seumur hidup pada Khamis (13 Jan).

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan